Asyraf.org

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Selamat Datang ke Asyraf.org!

Banner Flash: FlipPhoto Pro

E-mail Cetak PDF

FlipPhoto Pro merupakan komponen Joomla! 1.5 yang membolehkan pembina laman web untuk mengurus dan menetapkan beberapa imej tertentu untuk dijadikan sebagai “flash image rotator” pada laman web. (Sebagai contoh pada laman utama web ini) seperti yang tertera pada gambarajah dibawah:

Flip-1.jpg

FlipPhoto Pro adalah percuma untuk dimuat turun dan bebas digunakan pada mana-mana laman web. Anda boleh muat turun komponen FlipPhoto Pro pada laman JED Joomla! atau laman ini dengan hanya klik disini!

Cara instalasi atau  pemasangan FlipPhoto Pro pada laman anda
Apabila anda selesai memuat turun komponen FlipPhoto Pro, anda perlu log masuk sebagai “admin” laman web Joomla! anda. Selesai log masuk, anda akan lihat paparan panel pengawal Joomla! laman web anda. Anda perlu klik pada bahagian “Extension” dan seterusnya klik pada “Install/Uninstall” seperti dalam gambarajah dibawah:

Dikemaskini pada Isnin, 08 November 2010 22:43

Masalah LAST_UPDATED2 & Penyelesaian

E-mail Cetak PDF

Sekiranya pada bahagian artikel yang anda paparkan pada laman web anda memaparkan "LAST_UPDATED2" pada bahagian yang sepatutnya memaparkan maklumat tentang kali terakhir anda kemaskini artikel anda, ini kerana versi "pack" language telah mempunyai sedikit perubahan. Sila kemaskini "pack" bahasa Joomla! anda ataupun, anda boleh masukkan kod: "LAST_UPDATED2=Dikemaskini pada %s" untuk memastikan paparan pada laman web anda memaparkan maklumat yang betul.

"pack" bahasa anda selalunya berda dalam folder laman Joomla! anda dalam folder "language" dan buka fail bernama "en-GB.ini" dan masukkan kod diatas.

Dikemaskini pada Khamis, 28 Oktober 2010 22:52

Masalah JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL & penyelesaian

E-mail Cetak PDF

Sekiranya anda menggunakan "pack" bahasa lain selain daripada bahasa "default" Joomla! iaitu English, dan apabila anda menaiktarafkan versi Joomla! anda kepada versi terkini, kemungkinan anda akan mendapat masalah seperti "JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL" pada bahagian bawah laman web anda sekiranya anda mempunyai jumlah page yang lebih dari satu. ini kerana "pack bahasa telah dimasukkan dengan kod baru iaitu "JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL". Jadianda hanya perlu buka "pack" bahasa laman web Joomla! anda dan masukkan kod ini: "JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL = Muka %s dari %s "."Save" dan cuba "refresh" laman web anda.

"pack" bahasa anda selalunya berda dalam folder laman Joomla! anda dalam folder "language" dan buka fail bernama "en-GB.ini" dan masukkan kod diatas.

Dikemaskini pada Khamis, 28 Oktober 2010 22:52

Memasang Joomla! 1.5.X Di Localhost

E-mail Cetak PDF

Definisi Joomla! oleh Joomla.org
Joomla is an award-winning content management system (CMS), which enables you to build Web sites and powerful online applications. Many aspects, including its ease-of-use and extensibility, have made Joomla the most popular Web site software available. Best of all, Joomla is an open source solution that is freely available to everyone.

-Joomla.org


Ok, saya yakin bahawa sebahagian besar pereka laman web tahu apa itu Joomla!. Sebelum ini, Joomla! versi 1.0.x merupakan versi pertama Joomla! yang telah dikeluarkan dan mendapat sambutan baik dari banyak pihak. Setelah 1.0, sekarang Joomla! keluar dengan versi terbaru iaitu Joomla! 1.5.x yang membawa banyak perubahan dan pelbagai jenis komponen dan modul baru lain. Tutorial ini mengajarkan anda secara terperinci tentang cara memasang Joomla 1.5.x ke web server localhost anda. proses tutorial ini amat mudah kerana proses memasang Joomla sangat mesra pengguna dan mudah untuk difahami oleh semua. Klik sini untuk melihat tutorial mengenai cara pemasangan web server pada komputer anda.

Muat Turun Joomla!
Langkah pertama, anda hendaklah memuat turun fail Joomla! daripada laman web Joomla! di www.joomla.org. Sila klik pada link ini: www.joomla.org atau anda boleh pergi terus kepada halaman muat turun Joomla! dengan klik pada link ini: www.joomla.org/download.html Setelah selesai pelayar web anda membuka laman Joomla! tersebut, anda klik pada Joomla! 1.5 yang terkini. Muat turun fail penh (full package file) kerana ini merupakan pertama kali anda ingin memasang Joomla! pada web server anda.

Joomla
Gambarajah 1.0


Fail pakej lengkap biasanya sekitar 5-6MB saja. Contohnya, Joomla! 1.5.9 saiz 5.78MB. Anda perlu menunggu untuk memberikan masa untuk menyelesaikan proses muat turun dan mungkin mengambil masa beberapa minit bergantung pada kelajuan sambungan internet anda.

Dikemaskini pada Selasa, 26 Oktober 2010 14:43

Pemasangan Web Server (WAMP)

E-mail Cetak PDF

Pendahuluan
Aplikasi "web server" merupakan aplikasi gabungan beberapa aplikasi lain untuk membenarkan pengunaan "server side script" seperti PHP, ASP, dan sebagainya. Fail PHP memerlukan web server untuk memastikan iianya boleh digunakan. Sebagai contoh, Joomla! dibangunkan menggunakan PHP dan ianya memerlukan web server untuk diguna.

Berikut merupakan contoh-contoh aplikasi web server yang boleh digunakan:

AppServ
WAMP Server (Dicadangkan / Recommended)
XAMPP (Terdapat untuk versi MAC OS)
Server2Go
The Uniform Server

What is Web Server?

A computer that delivers Web pages to browsers and other files to applications via the HTTP protocol. It includes the hardware, operating system, Web server software, TCP/IP protocols and site content (Web pages and other files). If the Web server is used internally and not by the public, it may be called an "intranet server."

- PCMAG.com Encyclopedia


Muat Turun & Pasang "Localhost Web Server"
Ok, saya mencadangkan anda untuk memuat turun WAMP Server.Pada masa ini, WAMP server hanya menyokong platform Windows. Jadi, jika anda menggunakan Linux OS, anda boleh menggunakan XAMPP atau LAMP. Untuk pengguna OS MAC, anda boleh menggunakan XAMPP bagi versi MAC. Jadi, kepada sesiapa yang menggunakan Windows, sila download WAMP Server.

Kilik sini untuk muat turun WAMP Server. Sila pilih versi aplikasi WAMP yang terkini.

Wamp


Setelah selesai memuat turun WAMP server, buka folder yang mengandungi aplikasi WAMP tadi.

Dikemaskini pada Selasa, 26 Oktober 2010 12:15

Muka 1 dari 3

Anda Di: Home